TAHNIAH kepada semua calon-calon yang ambil STAM pada tahun 2011...Pada hari khamis,jam 12.35 tgh/hr,kakak sedara saya yang ambil STAM telefon..dia cakap,dia dapat MUMUTAZ..alhamdulillah!....saya tabik springgggla kat akk!!!Dalam Utusan Malaysia Online Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah Ishak berkata:“Jumlah yang mendapat sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) menurun iaitu seramai 326 berbanding 413 orang, manakala jumlah calon yang gagal pula meningkat kepada 2,588 bagi tahun lalu berbanding 2,399 pada 2010.“Selain itu, jumlah yang mendapat keputusan pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan Jayyid (baik) juga menurun iaitu masing-masing 529 dan 1,602 calon berbanding 804 dan 1,961 calon pada 2010,” katanya.
Tetapi bagi jumlah calon yang mendapat gred Mumtaz (cemerlang) untuk semua 10 mata pelajaran yang diduduki bagi STAM 2011 adalah sebanyak 53 calon berbanding hanya 50 calon pada 2010.“Bagaimanapun, secara keseluruhan pencapaian calon-calon STAM ini menunjukkan peningkatan dari segi nilai Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 3.23 pada 2010 kepada 3.19,”
Subjek yang meningkat dalam peperiksaan STAM 2011 adalah subjek Fiqh dan Balaghah mencatatkan peningkatan kelulusan calon masing-masing sebanyak 0.3 peratus, Hadith dan Mustolah serta Insya’ dan Mutala‘ah pula masing-masing meningkat kepada 0.5 peratus dan 0.4 peratus berbanding tahun 2010.Manakala, bagi mata pelajaran Tafsir dan Ulumuhu serta Arudh dan Qafiyah mencatatkan peningkatan kelulusan masing-masing sebanyak 1.2 peratus dan satu peratus berbanding 2010.
Tahniah ye kpd calon-calon STAM 2011...Anda semua telah menaikkan nama sekolah!!!bagos!!!teruskan,buat yang terbaik pula di University...Ini menjadi saya lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih gigih...Yang lepas tu lepas kita buka buku baru...oklah..
walhua'alam...:)
0 comments:
New comments are not allowed.